Tuesday, July 31, 2012

sAhAbAt & CiNtA

Aku pun x taw knp aku tulis tajuk ni...hmm. Semua org memerlukan sahabat dan cinta, tetapi cinta sukar untuk diperolehi tetapi sahabat senang dicari. Tp sebelum aku memulakan cerita merepek aku ni, aku mintak maaf dulu jika ada yg terasa dgn apa yg aku merepek ini.."I'M SORRY!!"


Honestly, hati aku mula ingin memiliki cinta masa aku baru form 5,masa 2 mana la tau apa2 pun, org kata sygkan kita, kita pun syg la kat dia.. kira mulut mudah utk katakan syg, tetapi hati tidak..hati aku xdk sedikit pun rasa syg pada org lain, selain mak n ayah aku masa 2..hmm, Pelikkan!! Aku juga tidak punya teman yg rapat @ sahabat masa 2, sbb aku masih lg tercari2 arah hidup aku masa 2, aku masih mencari diri aku.

Masa aku di semester 3, aku mmg merasai kelainan dlm diri aku, semangat aku lain sgt.. dan dlm masa yg singkat aku rapat dgn kwn aku yg selama ni aku jarang2 nk ckp.. Aku berkongsikan segalanya dgn dia, dia juga x pnah putus cerita bila dgn aku.. tp Allah lebih sygkan dia, dia pergi tinggalkan aku, disaat aku sgt menyanyangi dia sbg sahabat aku.. Aku redha dgn takdir yg telah ditentukan oleh-Nya. Sbb aku tau ada hikmah disebalik semua yang terjadi.


Aku mula memasuki fasa baru apabila aku mula mengenali seseorang dalam hidup aku, pertama kali dalam hidup aku berubah, totally 100% difference. Aku mula menerima dia dlm hati aku, honestly aku mmg x pnah sygkan lelaki lain dlm hidup aku selain ayah n abg2 aku, this is the first time in my life. Aku rasa satu kelainan bila ada seorg lelaki yg begitu caring tntg hidup aku, sentiasa disisi aku, aku sgt bahagia sgt. Senyuman aku tak pernah lekang dari bibir aku, dan aku mula membayangkan hidup aku bersama dia, tp ku sangka panas sampai ke ptg, tapi hujan di tengah hari.. Cukup setahun hubungan kami, semuanya berubah, mungkin tiadalg persefahaman antara kami, tambahan pula hubungan jarak jauh mmg byk dugaan. Mulanya mmg sukar utk aku terima semua ni, aku terlalu sygkan dia, tapi aku mula sedar klu bertepuk sebelah tgn sahaja xkan berbunyi. Aku akui selama hubungan kami, aku mmg seorg yg cemburu, aku mudh marah, , tp itulah kelemahan aku. Tp sekarang semuanya hanyalah tinggal kenangan, sedikit demi sedikit aku cuba melupakan dia, n Alhamdulillah sekarang aku kembali menjadi diri aku yg sebenar.

Walaupun aku kehilangan cinta aku, tp aku dapat kembali seseorang yg bernama sahabat, dia hadir di akhir semester 5 aku, walaupun dh dekat 2thn aku sekelas dgnnya. Itulah yg dinamakan takdir, ssh senang aku dgn dia. Aku sgt sygkan dia sbg kwn, sahabat, dan saudara aku. Aku tidak lagi mengharapkan cinta seperti dulu, aku kini pasrah dgn ketentuan-Nya. Aku hanya mahukan yg terbaik untuk hidup aku, ibu bapa dan keluargaku.. ^_^


Monday, July 30, 2012

jAdI dIrI sEnDiRi

Assalamualaikum...
kesian blog aku yg ni, huhu, malas plak nk update blog ni..emmmm. Tp apa2 hal pun aku nk crita pasal jadi diri sendiri, @ be yourself..hehehe. Knapa aku pilih tajuk ni?? Sbb aku rasa dh byk org yg aku jumpa, tidak menunjukkan diri dia yg sebenar, terlalu terikut-ikut gaya dan penampilan orang lain.

Benda ni sebenarnya simple je, tp yg aku duk tengok la ni, nk bergambaq pun duk posing bagai, pas 2 upload kat fb siap tulis "buruknya sy" "x comel kan" pas 2 bila org puji kata "xlah awk comel la, x buruk pun"   mula la kata " biase je la" aku mmg gelak sampai nk pecah perut dh la.. hakhakhak!! Dh taw kata x comel, n buruk gambar 2 x pyh la upload..aku sendiri pun x taw nk mengkategorikan org mcm ni dlm golongan yg mcm mna..huhuhu.."GOLONGAN ISTIMEWA" mungkin!! 

Acctualy aku pun pnah upload gmbaq aku mcm 2 jgk, tp aku x tulis la " x comel kan sy" tp aku tulis "comel x saya" hahahah..2 kira golongan masuk lif, tekan sendiri..hehehehe..bek puji diri sendiri dr duk mengharap org len puji kann!!.Lg satu, pasal make-up. Bukan aku x suka, tp aku xleh bygkan bila kna make-up ngan kak aku masa knduri abg aku tahn lepas, bedak 2,3 inci, mulut mcm nk muncung pun da, seb bek x merah mnyala ja, yg xleh tahn, rasa mcm xleh nk angkat mata gila sbb ltak mascara ngan eyeliner..huhuhu. Aku mmg bab2 make-up ni lemah sket. Selalu aku kluaq aku just pakai toner, pelembap, krim pas 2 bdk compact maybeline xpun aku pakai bedak powder baby johnson ja..pelembap bibir sket..siap!!!  Kiranya padan la ngan aku punya tagline " simple, sweet n sasau" hhehehehehe..


Satu g dr segi percakapan..hmm aku ni klu dh masuk geng da je la cerita nk gebang, tp bila x kena gaya aku diam ja, dr duk cerita buhong bek aku diam..hehehe..Tp ada jenis org jugak kot noh, xleh diam, msti ada je dia nk ckp, tp klu bnda 2 bnr xpa, tp kjklu skadar nk tokok tamabh, aku pun malas nk dgr, klu aku duk ngan org mcm ni aku diam ja, sat g takut gunung berapi meletus..huhuhu. Satu g yg jenis suka ckp besar, adoii ni x tahan ni.. aku malas nk cerita..hmmm


Sebenarnya, diri kita ni sebenarnya Allah dh ciptakan dgn sempurna dh, tp diri kita sendiri x nmpk semua 2, sbb org kata sblm wat apa2 pun cermin diri kita 2 dulu..kita semua ada kelebihan dan kekurangan masing-masing, sbb 2 bila kita diijab kabulkan, org kata saling melengkapi, si isteri menampung kekurangan si suami, dan si suami menampung kekurangan si isteri.. X payah la duk jadi org len, jd diri kita sendiri, jgn jd hipokrit @ plastik pd diri sendiri.. ok!! 

ok lah nk solat subuh, selamat berpuasa...^_^


Tuesday, July 24, 2012

Sifat Iri Hati & Hasad Dengki



"Dan janganlah kamu iri hati terhadap apa yang dikurniakan Allah kepada sebahagian kamu lebih banyak dari sebahagian yang lain. (Kerana) bagi orang lelaki ada bahagian dari pada apa yang mereka usahakan, dan bagi para wanita (pun) ada bahagian dari apa yang mereka usahakan, dan mohonlah kepada Allah sebagian dari kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui segala sesuatu" (An-Nisa' : 32)

Umumnya semua orang mempunyai sifat ini, tetapi ia bergantung kpd diri masing-masing untuk mengawalnya. Ada yang tidak mempedulikannya. Ada yang mengikutinya hingga menggadaikan maruah diri dan orang sekitarnya. Kita seringkali lupa bagaimana Allah mendidik kita supaya sentiasa meminta kepadaNya.
Kadang2 kita lupa bahawa setiap insan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing2, diri kita juga mempunya kelebihan dan kekurangan itu, cuma kadang2 kita kita tidak sedar akan kelebihan diri kita. 
Oleh itu, Yakinlah dengan setiap doa yang dipinta. Bersangka baiklah dengan Allah.
Iri Hati Itu Boleh.
Irihati tu boleh, jika kita iri hati melihat orang lain lebih banyak ibadahnya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih baik amalannya dari kita. Jika kita lihat orang lain lebih rajin dari kita. Seterusnya menaikkan semangat kita untuk melakukan seperti mereka.
Berazam untuk beribadah, beramal dan bekerja dengan lebih. Melebihi orang lain, ini iri hati yang baik. Iri hatilah kepada para ilmuan Islam yang telah banyak menyumbangkan buah fikiran dan gerak kerja Dakwah yang belum mampu kita laksanakan.
Iri Hati Bertukar Hasad Dengki dan Mendengki.
Hasad dengki muncul akibat bisikan syaitan yang menghembus ke benak hati untuk melakukan sesuatu kezaliman orang lain, menggunakan cara kotor untuk menjatuhkan orang dan berasa puas dengan taktik tersebut. Inilah yang minta dilindungi kepada Allah dari perasaan manusia yang hatinya busuk dan sentiasa memikirkan cara untuk naik ke atas dan memijak orang lain dengan bangganya.
Yakinlah Dengan Keadilan Allah.
Allah menciptakan kita dengan pelbagai kelebihan. Masing-masing punya kelebihan yang tidak dimiliki oleh sebahagian yang lain. Tidak lain dan tidak bukan adalah untuk melengkapkan sesama manusia. Kerana kita semuanya memerlukan antara satu sama lain.
Jika kawan kita pemarah, ada yang boleh sabarkannnya, jika kita pemboros, ada yang boleh mengawalnya, jika kita pemalas, ada yang akan menegur supaya jadi rajin. Jika kita tidak tahu, ada yang akan beritahu. Jika kita tahu, kitalah yang kena beritahu yang tak tahu.
Inilah bukti adilnya Allah menciptakan makhluknya yang sentiasa memerlukan dan tidak boleh hidup sendiri. Maka kita semua perlu saling menghormati kerana tidak satu pun di kalangan kita boleh hidup sendiri. Kita saling memerlukan. Aku memerlukan kamu. Dan kamu memerlukan aku.
Terdapat tujuh faktor yang dapat menimbulkan perasaan iri hati dan hasad dengki ini:-
1) Perasaan Permusuhan dan Kebencian

2) Merasa Diri Mulia

3) Takabbur

4) Ujub

5) Takut Terlepas Sesuatu Tujuan dan Habuan

6) Ghairah Menjadi Ketua dan Mencari Populariti

7) Busuk Hati.

Marilah sama-sama kita buangkan sifat hasad dengki ini samaada di dalam hati  atau di dalam tindakkan dan amalan kita. Sifat yang keji ini bukan saja mendapat kebencian manusia tetapi yang paling penting sifat ini di benci oleh Allah S.W.T. Hidup di dunia ini adalah sementara dan kehidupan di hari akhirat adalah kehidupan yang kekal abadi maka tinggalkanlah sifat hasad dengki ini kerana sesiapa yang menuruti sifat ini dia sedang mengikut hawa nafsunya dan mengikut bisikan syaiatan dan akan mendapat azab seksaan dihari akhirat nanti.



Saturday, July 14, 2012

SeDaR dIrI

Dalam hidup ni takdak yg sempurna pun, Allah dh ciptakan seseorang tu ada kelebihan dan keburukkan masing-masing.So terimalah dengan redha, xpyh la berkeluh kesah.. kita ni sama je di sisi Allah.Setiap yang hidup pasti akan mati.Terpulang pada kita je nk menerimanya mcm mna.. Klu kita rasa diri kita masih lg ada kekurangan, kita cuba la untuk memperbaikinya, jgn sesekali menyalahkan org lain, cuba cari punca sebenar, selidik diri sendiri dahulu...kerana kita hanyalah insan yang biasa, hanya mampu berserah..........